PEMBUKAAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg.Datuk/Dato’/Prof./Dr.,

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2015

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian sedang membuka permohonan geran penyelidikan bagi menjalankan projek-projek penyelidikan pembangunan prototaip di bawah Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2015 kepada para penyelidik mulai  1 April 2015 SECARA MANUAL. (Bukan melalui system Mygrants)

 3.         Untuk makluman, YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr., pihak Kementerian akan memberi pertimbangan kepada permohonan projek-projek penyelidikan PRGS Fasa 1/2015 berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:-

 i)     kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan pembangunan prototaip, mantap serta lengkap mengikut Garis Panduan PRGS;

 ii)    kos projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi RM500,000.00 dengan tempoh penyelidikan maksimum sehingga dua (2) tahun sahaja;

 iii)   setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi Fasa 1/2015; dan

 iv)   membuat saringan di peringkat universiti dengan minimum dua (2) panel penilai bagi setiap projek.

 4.         Satu (1) salinan permohonan berbentuk “hardcopy” dan “softcopy” hendaklah dihantar MELALUI PENGURUS-PENGURUS COE kepada Pn. Marshazliyana Md Sharip di CRIM selewat-lewatnya pada 27 APRIL 2015 (ISNIN) SEBELUM JAM 5.00 PETANG.

 5.         Proses penilaian peringkat Universiti akan dijalankan pada 29 April 2015 hingga 7 Mei 2015. Hanya kertas kerja yang telah dinilai oleh panel & diakui oleh YBhg TNCPI akan dihantar ke Kementerian.

Sekian untuk makluman dan tindakan semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>