Shopping Raya 2017

Aktiviti membawa golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan bersama-sama para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.

Image 05

Shopping Raya 2017 adalah dilaksanakan oleh JK Khidmat Masyarakat FTMK dengan kerjasama dan khidmat runding dari Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ Semalaysia’ (Projek Iqra'). Projek ini bertujuan untuk membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan daripada komuniti setempat. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai melakukan kerja amal. Program ini telah dilaksanakan pada 10 Jun 2017 di Mydin MITC Melaka.

 

 

 

 

 

 

Galeri Photo