Projek Shopping Raya (PSR)  kembali lagi untuk tahun ke – 4. Untuk makluman, menerusi program Shopping Raya yang terdahulu (PSR 2015, PSR 2016 dan PSR 2017), seramai 186 orang golongan asnaf/anak-anak yatim telah dibantu. Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas sumbangan dan sokongan daripada warga UTeM sekalian.  Kini, PSR 2018 kembali untuk kita sama-sama menghulurkan bantuan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim, fakir miskin dan asnaf sekitar Melaka.

Siapakah yang terlibat?
Seramai 50 pelajar (sekolah rendah & sekolah menengah) yang kurang berkemampuan dari  sekitar kawasan Melaka. Penerima manfaat ini dikenal pasti melalui hasil maklum balas dengan komuniti setempat, dan guru kaunselor sekolah.

Bilakah Shopping Raya 2018 akan diadakan?
Sabtu, 2 Jun 2018
Mydin MITC Melaka.
9 pagi – 1 tengah hari.

Bagaimanakah anda boleh membantu?
Anda boleh membantu menerusi dua cara – sumbangan & sukarelawan:

(1) Sumbangan:-
Kami menjemput anda menjadi penaja anak-anak yatim/golongan memerlukan ini. Sasaran sumbangan adalah sebanyak RM150 untuk seorang penerima manfaat, (kos dikira berdasarkan harga semasa barangan kelengkapan raya untuk pelajar). Namun begitu, kami mengalu-alukan sebarang amaun sumbangan yang ingin diberikan. Maklumat lanjut untuk sumbangan boleh didapati di https://goo.gl/forms/UtGiXfrFzwLVDFk23.

Tempoh sumbangan adalah dari hari ini, 3 Mei 2018 hingga ke 30 Mei 2018.
Semua sumbangan dalam tempoh ini akan dibelanjakan sepenuhnya untuk perbelanjaan penerima manfaat.

Sumbangan boleh dibuat secara terus ke akaun :-

Maybank: 1541-3806-6684.
Nama akaun: JK Khidmat Masyarakat FTMK


(2) Sukarelawan:-
Selain sumbangan kewangan, pihak kami juga menjemput anda untuk menjadi sukarelawan membawa anak-anak membeli-belah untuk keperluan raya, sukarelawan untuk jurugambar dan juga juruvideo. Diharapkan dengan penglibatan dari sukarelawan ini, sedikit sebanyak dapat menceriakan persiapan raya golongan penerima manfaat. CPD akan diberikan kepada sukarelawan yang terlibat dan akan diuruskan oleh pihak penganjur.  Pendaftaran sukarelawan boleh dibuat di https://goo.gl/forms/PEohCaLqDRsmHARR2

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi wakil berikut:-

  • Zakiah Ayop ( zakiah@utem.edu.my / 06-331 6573 / 019-649 4481 )  urusan berkenaan dengan sumbangan/ kewangan
  • Zeratul Izzah ( zeratul@utem.edu.my / 06-331 6700 / 012-357 8541 ) – lain-lain urusan

Sumbangan dan perhatian yang diberikan oleh pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.   Semoga Allah SWT akan membalas segala jasa dan amal kebaikan yang kita lakukan ini dan diberi ganjaran serta dijauhkan kita dari azab api neraka. Firman Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 10-11 bermaksud:-

“Wahai orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”

JK Khidmat Masyarakat FTMK 2018

 

News Reporter
Jawatan Kuasa Web & eLearning (JWeL)

1 thought on “Projek Shopping Raya 2018: Sumbangan & Sukarelawan [2.6.2018]

Comments are closed.