Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Saya mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kualiti dan Risiko FTMK 2018 (Dr Raja Rina) dan pihak pengurusan FTMK ingin memaklumkan bahawa AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015 akan diadakan dalam tempoh 28 Mei 2018 hingga 6 Jun 2018 (tarikh audit sebenar akan dimaklumkan oleh pihak PPSKR kemudian). Kerjasama dan kehadiran semua staf dan pihak pengurusan tertinggi FTMK adalah amat penting untuk melancarkan proses audit. Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak PSSKR sebelum ini, standard ISO 9001:2015 merupakan standard baharu yang digunapakai bagi menggantikan standard ISO 9001:2008.

TAKLIMAT PEMAHAMAN STANDARD ISO 9001:2015 DAN RISIKO akan diadakan pada:

  • Tarikh : 28 Mei 2018 (Isnin)
  • Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
  • Tempat: Bilik Kuliah ReCap
  • Penceramah: Pihak PPSKR
  • Target Peserta: Staf Akademik dan Staf Bukan Akademik
  • Kehadiran: Penting dan Amat Digalakkan (kalau tidak bertugas menjaga peperiksaan akhir, please datang taklimat)

Bagi memastikan proses audit berjalan dengan lancar, mohon semua staf akademik dan bukan akademik merujuk dan memahami Prosedur Kerja Pengajaran dan Pembelajaran dan lain-lain berkaitan standard ISO 9001:2015 di URL berikut http://iso.utem.edu.my/index.php/b-prosedur-kerja/a-proses-pengurusan-pengajaran-pembelajaran-dan-penyelidikan/1-pengurusan-pengajaran-dan-pembelajaran/i-pengajaran-dan-pembelajaran

(terdapat perubahan di mana Sistem OBE digunakan sepenuhnya dan terdapat daftar risiko untuk setiap Prosedur Kerja)

Seterusnya, semua penyelaras subjek bagi SEMESTER II 2017/2018 untuk menyediakan dan melengkapkan Fail Subjek Diploma, Degree dan Master, seterusnya meletakkan fail-fail subjek dalam bilik simpanan fail subjek di Pejabat Pentadbiran FTMK tingkat 2 pada ruangan/rak yang telah dilabelkan. Berkaitan fail keras dan label-label fail, boleh rujuk Pejabat Pentadbiran Tingkat 2. Pihak pentadbiran, jika fail keras tidak mencukupi, mohon bantuan buat penambahan fail.

Sila rujuk lampiran untuk senarai semak fail subjek, panduan tarikh-tarikh penting dan senarai subjek diploma, degree dan master.

Mohon jasa baik En Aeini dan Penolong-Penolong Jurutera untuk memastikan semua makmal, pemadam api, first aid kit, dll berada dalam kondisi yang baik di mana rekod-rekod penyelenggaraan dan sebagainya wujud dan dikemaskini.

Ahli Jawatankuasa Kualiti dan Risiko FTMK 2018:

  • Dr Raja Rina (Pengerusi)
  • Dr Ummi Rabaah (Penyelaras Risiko  & Auditor Dalaman ISO 9001:2015)
  • Pn Nor Mas Aina (Auditor Dalaman ISO 9001:2015)
  • Pn Maslita
  • Dr Raihana
  • Pn Zarita
  • Dr Gede

Semua AJK Jawatankuasa kualiti, mohon hadir Taklimat Pemahaman Standard ISO 9001:2015.

Sebarang persoalan berkaitan standard ISO 9001:2015 juga boleh diajukan pada En Muhammad Haziq Lim dan PM Norhaziah (Auditor Dalaman ISO 9001:2015) atau direct kepada pihak PPSKR 😊.

Sekian, Terima Kasih.

 

 

News Reporter
Jawatan Kuasa Web & eLearning (JWeL)