Sabtu, 2 Jun 2018 | JK Khidmat Masyarakat FTMK

Program ‘Shopping Raya’  bersama anak-anak yatim dan golongan asnaf telah dilaksanakan anjuran Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (JKM) Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seramai 55 orang anak-anak berumur dari 3 hingga 12 telah diraikan bersama dengan 50 sukarelawan dari dalam dan luar UTeM. 

Objektif program ini bertujuan membantu keluarga yang memerlukan dalam meringankan beban mereka di Ramadhan yang mulia ini. Anak-anak ini dipilih oleh guru-guru mereka yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kebajikan pelajar mereka.  

Program yang memasuki tahun keempat ini telah berlangsung di pasaraya Mydin MITC Melaka.  Program  ini memberi ruang kepada sukarelawan untuk menyantuni anak-anak ini dengan lebih dekat di samping berkongsi pengalaman tersebut dengan anak mereka masing-masing yang turut serta hadir membantu. 

Program yang mengambil masa selama setengah hari ini berjaya memenuhi objektif apabila mendapat maklumbalas positif bukan sahaja dari anak-anak ini, malahan dari guru-guru dan ibu bapa yang menghulurkan ucapan terimakasih atas keperihatinan pihak penganjur.  

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program berlangsung. 

  Penerima manfaat dan sukarelawan Shopping Raya 2018


Taklimat sebelum program bermula

 Sukarelawan membantu penerima manfaat membeli persiapan raya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

News Reporter
Jawatan Kuasa Web & eLearning (JWeL)