Yg. Bhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
PROJEK SHOPPING RAYA 2019: SUMBANGAN & SUKARELAWAN
Projek Shopping Raya (PSR) kembali lagi untuk tahun ke-5. Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam 4 PSR yang terdahulu. Laporan ringkas berkenaan dengan PSR yang terdahulu boleh didapati daripada pautan ini http://ftmk.utem.edu.my/jkm/aktiviti.html
Kini, PSR 2019 kembali untuk kita sama-sama membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim, fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti setempat.
Siapakah yang terlibat?
Seramai 50 pelajar (sekolah rendah & sekolah menengah) yang kurang berkemampuan dari sekitar kawasan Melaka. Penerima manfaat ini dikenalpasti melalui hasil maklumbalas dengan komuniti setempat, dan guru kaunselor sekolah.
Bilakah Shopping Raya 2019 akan diadakan?
Sabtu, 25 Mei 2019
Mydin MITC Melaka.
9 pagi – 1 tengah hari.
Bagaimanakah anda boleh membantu?
Anda boleh membantu menerusi dua cara – sumbangan & sukarelawan:
(1) Sumbangan:
Kami menjemput anda menjadi penaja anak-anak yatim/golongan memerlukan ini. Sasaran sumbangan adalah sebanyak RM150 untuk seorang penerima manfaat, (kos dikira berdasarkan harga semasa barangan kelengkapan raya untuk pelajar). Namun begitu, kami mengalu-alukan sebarang amaun sumbangan yang ingin diberikan.
Sumbangan boleh dibuat secara terus ke akaun :-
Maybank: 1541-3806-6684.
Nama akaun: JK Khidmat Masyarakat FTMK
Maklumat lanjut untuk sumbangan boleh didapati di http://ftmk.utem.edu.my/jkm/derma.html . Tempoh sumbangan adalah dari hari ini, 26 April 2019 hingga ke 23 Mei 2019. Akan tetapi tempoh menyumbang boleh ditutup lebih awal sekiranya jumlah sumbangan mencapai sasaran lebih awal. Semua sumbangan dalam tempoh ini akan dibelanjakan sepenuhnya untuk perbelanjaan penerima manfaat.
(2) Sukarelawan:
Selain sumbangan kewangan, kami juga menjemput anda untuk menjadi sukarelawan membawa anak-anak membeli-belah untuk keperluan raya. Diharapkan dengan penglibatan dari sukarelawan ini, sedikit sebanyak dapat menceriakan persiapan raya golongan penerima manfaat.
Pendaftaran sukarelawan boleh dibuat di http://ftmk.utem.edu.my/jkm/sukarelawan.html
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi wakil JK Khidmat Masyarakat FTMK
- Khadijah binti Wan Mohd Ghazali ( khadijah@utem.edu.my / 019-2163430 ) – Pengerusi Projek
- atau layari http://ftmk.utem.edu.my/jkm/sr2019.html
Sumbangan dan perhatian dari pihak Tuan/Puan kami dahului dengan ribuan ucapan terima kasih
JK Khidmat Masyarakat FTMK.