Kelayakan Masuk

  • Calon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat CGPA sekurung-kurangnya 2.75; dan
  • Calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya satu ijazah awal (Ijazah Sarjna atau Ijazah Sarjana Muda) dalam bidang Komputeran; dan
  • Calon hendaklah seorang yang bekerja dalam industri dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun serta pihak majikan boleh menampung keperluan untuk menjalankan penyelidikan di tempat kerja.

Jangka Masa Pengajian Dan Kaedah 

Jangka masa pengajian program Doktor Teknologi Maklumat adalah antara tiga setengah tahun(3½) hingga enam (6) tahun secara sepenuh masa.  Program ini mengandungi tiga (3) bahagian atau fasa

  1. Kerja kursus – 2 semester (semester 1 untuk subjek wajib universiti  dan teras kursus, dan semester 2 untuk subjek elektif). Kaedah blended-learning (pembelajaran teradun) akan digunapakai.
  2. Persediaan penyelidikan – 1 semester (penyediaan kertas cadangan, kajian literatur dan kaedah penyelidikan).
  3. Tesis – 4 semester (menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis).

Kaedah Penilaian

Pengecualian Kredit

Pengecualian kredit akan diberi kepada calon berdasarkan matapelajaran tertentu yang telah diikuti oleh calon di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Matapelajaran yang diikuti mestilah diiktiraf oleh universiti sebagai setara dan memenuhi keperluan kurikulum program yang diikuti dengan syarat 75% daripada isi kandungan pembelajaran adalah sama dan lulus dengan gred minima B.

Yuran

Kadar yuran untuk pelajar tempatan: RM16,245.00

Kadar yuran untuk pelajar antarabangsa: RM29,520.00