Home / Archives / Selamat Hari Kebangsaan 2017

Selamat Hari Kebangsaan 2017

PERUTUSAN KEMERDEKAAN DEKAN FTMK

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar Teknologi Hijau,
Melaka 754 Tahun dan Melaka Maju Fasa Ke-2

1. Alhamdulillah, kita berada di dalam bulam Ogos, sebuah bulan gemilang sebuah negara bernama Malaysia. Bulan di mana negara bertuah ini dianugerahkan nikmat Tuhan untuk mengecap udara kedaulatan yang dinamakan Kemerdekaan.

2. Kesyukuran yang tidak terhingga juga, kerana dengan limpah perkenan dan izinNya, berkat usaha nasionalis Bangsa Malaysia yang berpenat lelah berjuang sejak lama, kemerdekaan yang kita warisi ini, sangat-sangat bermakna.

3. Kini kita di dalam tahun 2017, menjunjung Jalur Gemilang di bawah nama negara Malaysia yang berdaulat, yang telah meniti pelbagai cabaran dan rintangan, untuk kini berdiri sama tinggi dalam aras kemodenan dunia.

4. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan, kepada warga Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, merangkumi seluruh tenaga kerja dan segenap para pelajar Fakulti ini, dengan laungan azam untuk terus memajukan Malaysia, dalam konteks Fakulti yang kita sayangi dan Unvisersiti yang kita cintai.

5. Semoga FTMK UTeM terus berdaya maju, bersama segerak kepada hala tuju kemajuan Malaysia di peta dunia.

Dato Laksamana gagah perkasa,
Nama tersohor serata dunia,
Detik berdegup jiwa dan suara,
Salam Kemerdekaan untuk semua!

Profesor Dr Burairah Hussain
Dekan FTMK

About Erman Hamid

Webmaster

Check Also

Syarahan Umum Perlantikan Profesor

Majlis Syarahan Umum Perlantikan Profesor “Kita terus berkongsi Ilmu…”   Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor ...