Home / General Info / Ucapan Salam Aidilfitri dari Dekan FTMK

Ucapan Salam Aidilfitri dari Dekan FTMK

UCAPAN SALAM AIDILFITRI DEKAN FTMK

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar Teknologi Hijau,
Melaka 754 Tahun dan Melaka Maju Fasa Ke-2

1. Alhamdulillah, kerana dengan limpah dan innayahNya, dapat kita menyempurnakan Ramadhan kali ini dengan sehabis daya. Semoga Allah terima puasa kita, dan mengurniakan rahmat dan keampunan di atasnya.

2. Kesyukuran yang tidak terhingga juga, kerana dengan limpah perkenan dan izinNya, dapat kita menikmati udara segar 1 Syawal dengan hikmah, menghirup erti kemenangan memerangi hawa dan nafsu selama sebulan berpuasa, dengan Syawal yang penuh makna dan barakah.

3. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada warga Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, merangkumi seluruh tenaga kerja dan segenap para pelajar Fakulti ini, dengan iringan lafaz Maaf Zahir Batin yang penuh tazkim dan tulus ikhlas.

4. Di Aidilfitri inilah terhidangnya kesempatan terbaik untuk kita saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan, untuk seterusnya mengukuhkan kerjasama dan muafakat di antara semua individu dan bahagian di dalam Fakulti yang kita sayangi ini. Ambillah peluang penuh rahmat ini untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin, untuk kita terus berdaya maju melonjakkan Fakulti yang kita sayangi ini ke mercu jaya.

5. Akhir kata penutup bicara, saya akhiri ucapan Salam Aidilfitri ini dengan serangkap pantun;
Lemah gemalai Tuan Puteri
Berkain cindai cantik sekali
Pohon kemaafan di Aidilfitri
Moga ukhuwah kekal abadi

Wabillahitafik Walhidayah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Profesor Dr Burairah Hussain
Dekan FTMK

About Erman Hamid

Webmaster