Pertandingan Pembangunan Aplikasi Multimedia 2024

TEMA: MEMARTABATKAN TULISAN JAWI

Program Pertandingan Pembangunan Aplikasi Multimedia ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang tulisan jawi melalui aplikasi multimedia dan menjana kreativiti dalam kalangan pelajar FTMK. Pengajuran kali kedua ini adalah kolaborasi FTMK dengan Dewan Bahasa dan Pustaka

SYARAT -SYARAT
PERTANDINGAN
- Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar FTMK dengan setiap kumpulan boleh terdiri daripada program dan tahun pengajian yang sama atau berbeza.
- Setiap kumpulan tidak lebih daripada 4 orang ahli. Seorang ketua kumpulan perlu dilantik dan dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.
- Bilangan maksimum penyertaan ialah 13 buah kumpulan.
- Peserta perlu menghasilkan aplikasi multimedia untuk memartabatkan tulisan jawi.
- Setiap peserta hendaklah menghasilkan pembangunan aplikasi multimedia yang mengandungi 37 huruf jawi hijaiyah (rujuk buku Pedoman Umum Ejaan Jawi melalui Ms. Sherry/Dr. Khalid).
- Peserta perlu menandatangani dokumen perjanjian bagi melindungi dan tidak menyebarkan hak cipta (copyright) bahan terbitan DBP.
- Peserta bebas membangunkan aplikasi multimedia bagi mempromosikan jawi sebagai contoh aplikasi mudah alih, aplikasi permainan dan lamanweb.
- Aplikasi multimedia yang dihasilkan perlu menggunakan bahasa Melayu / tulisan Jawi sepenuhnya.
- Skop kandungan aplikasi yang dibangunkan boleh meliputi tetapi tidak terhad kepada sejarah, huruf, ejaan, kata serapan dan lain-lain.
- Antara perisian yang boleh digunakan adalah Unity, Unreal, Android Studio, Flutter, Animate dan sebagainya.
- Sebarang persembahan dalam penghasilan aplikasi multimedia ini tidak boleh mempunyai unsur subversif, sensitif, serta tidak menyentuh isu agama.
- Aplikasi multimedia yang dibangunkan oleh peserta perlu menggunakan maskot Rara dan Riri serta logo DBP dan UTeM. Peserta perlumenggunakan maskot Rara dan Riri sebagai watak utama.
- Kumpulan sasaran pengguna aplikasi ditentukan oleh kumpulan peserta.
- Kos penyediaan bahan ditanggung sepenuhnya oleh peserta (Jika ada) dan hak cipta produk yang dihasilkan oleh peserta merupakan milik pihak penganjur.
- Aplikasi ini boleh digunakan sebagai permainan bahasa secara dalam talian merangkumi sebaran aktiviti atau program anjuran DBP dan UTeM.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali.
TARIKH PENTING
| Bil. | Aktiviti | Tarikh |
| 1. | Pendaftaran Peserta | 16 Oktober– 7 November 2024 |
| 2. | Taklimat Peserta / Soft launch (atas talian) | 8 November 2024 |
| 3. | Serahan kertas Cadangan projek | 10 November 2024 |
| 4. | Maklumbalas kertas Cadangan projek | 15 November 2024 |
| 5. | Bootcamp Pembangunan projek | 23-24 November 2024 |
| 6. | Penghantaran projek | 15 Disember 2024 |
| 7. | Majlis penutup dan penyampaian hadiah | 15 Januari 2025 |
HADIAH
Hadiah keseluruhan bernilai lebih RM 8000 untuk pemenang-pemenang termasuk hadiah saguhati. Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan daripada DBP.
PERTANYAAN LANJUT
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Pengarah Program Dr. Khalid ([email protected]) atau Pengerusi JK Pertandingan FTMK Ms. Sherry ([email protected]).