Karya Suntingan 𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙞𝙟𝙞𝙡𝙖𝙣 𝙄𝙤𝗧 𝙙𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙋𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙢𝙪𝙠𝙖 𝙐𝙏𝙚𝙈-𝙅𝙋𝙋𝙆𝙆, 𝗧𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗶𝘁!

FTMK UTeM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan penerbitan dua buah karya suntingan:
“𝑅𝑒𝑘𝑎𝑏𝑒𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑆𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚 𝑃𝑒𝑚𝑎𝑛𝑡𝑎𝑢𝑎𝑛 𝑃𝑖𝑛𝑡𝑎𝑟 𝐵𝑒𝑟𝑎𝑠𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛 𝐴𝐼𝑜𝑇: 𝑃𝑒𝑛𝑦𝑒𝑙𝑒𝑠𝑎𝑖𝑎𝑛 𝑇𝑒𝑘𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝐾𝑜𝑚𝑢𝑛𝑖𝑡𝑖”
“𝐼𝑛𝑜𝑣𝑎𝑠𝑖 𝐼𝑜𝑇: 𝑆𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚 𝐾𝑎𝑤𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑃𝑖𝑛𝑡𝑎𝑟”
Kedua-dua karya ini merupakan hasil akhir daripada Program Persijilan Profesional IoT dan Peranti Papan Pemuka anjuran FTMK UTeM dan JPPKK, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang telah berlangsung pada 15 Julai 2025 hingga 17 Oktober 2025.
Program Profesional IoT dan Peranti Papan Pemuka ini melibatkan penyertaan tenaga akademik Politeknik dan Kolej Komuniti daripada seluruh negara yang berkampung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM dalam persijilan profesional.
Karya Suntingan terbitan Penerbit UTeM ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa perkongsian ilmu, inovasi teknologi serta penghasilan penyelesaian pintar yang mampu memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penerbitan berkualiti, inovasi berimpak tinggi serta kolaborasi strategik pada masa hadapan, sekaligus menyumbang kepada kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan teknologi untuk masyarakat.
Ilmu Membina Peradaban.
Inovasi Menerajui Perubahan.
Kolaborasi Memperkasa Komuniti.

Tahniah dan syabas kepada semua penyunting dan penulis yang terlibat!
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM
#FTMKUTeM#UTeM#Penerbitan#KaryaSuntingan#AIoT#IoT#Inovasi#Penyelidikan#TeknologiUntukMasyarakat#MalaysiaMadani
#myftmk
