𝗞𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴, 𝗜𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠
Sorotan sekitar kunjungan hormat daripada delegasi Universitas Negeri Malang, Indonesia ke FTMK UTeM pada 23 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, FTMK.
Delegasi Universitas Negeri Malang, Indonesia terdiri daripada Dr. Dani Irawan, Ketua Prasiswazah Program Pendidikan Kejuruteraan Automotif, dan Hasan Ismail, Ketua Inkubator Bisnis dan Teknologi.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama akademik serta meneroka peluang kolaborasi dalam bidang pendidikan, penyelidikan, inovasi dan keusahawanan antara kedua-dua institusi.
FTMK UTeM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi Universitas Negeri Malang atas kesudian mengadakan lawatan ke FTMK, UTeM.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif akademik serta penyelidikan pada masa hadapan