Shopping Raya 2019

Aktiviti membawa golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan bersama-sama para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.

Image 05

Shopping Raya 2019 adalah projek terkini yang akan dilaksanakan oleh JK Khidmat Masyarakat FTMK dengan kerjasama dan khidmat runding dari Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ Semalaysia’ (Projek Iqra'). Projek ini bertujuan untuk membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan daripada komuniti setempat. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai melakukan kerja amal.

SIAPA YANG TERLIBAT DALAM SHOPPING RAYA 2019?

Golongan asnaf setempat dan yang kurang berkemampuan di sekitar Melaka

Tarikh : 25 Mei 2019 (Sabtu)

Tempat : Mydin MITC Melaka

Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU?

Kami menjemput anda menjadi penaja bagi golongan yang memerlukan ini.

Sebarang amaun sumbangan adalah dialu-alukan...

Kami juga menjemput anda untuk menjadi:

Sukarelawan membawa penerima manafaat berbelanja untuk keperluan raya di Mydin

BAGAIMANAKAH WANG ANDA AKAN DIBELANJAKAN?

100% wang sumbangan adalah untuk kegunaan penerima manfaat membeli barang keperluan raya*

*Sekiranya terdapat wang lebihan dari pembelian barang keperluan raya, wang tersebut akan diserahkan kepada penerima manfaat sebagai wang poket raya.

Jom sama-sama menyumbang untuk program ini. Anda boleh membantu dari segi kewangan (borang derma) atau sebagai sukarelawan (borang sukarelawan).

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi wakil JK Khidmat Masyarakat FTMK
Khadijah Wan Mohd Ghazali( khadijah@utem.edu.my / 019-2163430 )

 

Lihat galeri photo Shopping Raya
[2018, 2017, 2016, 2015]