Latar Belakang

“AKRAB” atau hakikatnya Kelab Staff FTMK, telah ditubuhkan pada akhir tahun 2002.

Kelab ini adalah terbuka kepada semua warga kerja FTMK, terdiri daripada staf pentadbiran dan akademik. Kakitangan yang berkhidmat di FTMK adalah secara automatik merupakan ahli kepada kelab ini. Matlamat utama penubuhan AKRAB adalah untuk menjaga kebajikan dan menjalin hubungan keakraban antara setiap ahlinya.

Dengan penubuhan AKRAB, ianya akan membantu melahirkan staf yang bertanggungjawab dan meningkatkan peranan mereka dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan budaya kerja secara keseluruhannya. Selain itu, perhubungan yang mesra dan erat dalam organisasi ini juga membantu staf membentuk perhubungan yang mesra di antara satu sama lain.

Jumlah keahlian AKRAB terkini adalah seramai 133