Pertandingan DbHero ini memerlukan kepintaran peserta menggunakan prinsip asas pangkalan data bagi menyelesaikan masalah pengurusan data dalam komuniti sama ada dalam atau di luar sekolah. Contohnya, Sistem Pengurusan Buku Teks di sekolah atau Sistem Pengurusan Aktiviti Masjid. Peserta perlu menghasilkan satu poster digital dan video yang kreatif bagi menerangkan penyelesaian yang dicadangkan. Peserta boleh mengemukakan cadangan antaramuka sekiranya penyelesaian ini dibangunkan dalam bentuk aplikasi atau sistem maklumat. Pertandingan ini mendapat kebenaran penganjuran dari KPM dan berpotensi menyumbang markah PAJSK di peringkat kebangsaan.