“๐บ๐๐ก๐ก๐๐๐ ๐ ๐โ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ค๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐ก, ๐๐ข๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ต๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ก ๐ ๐ข๐โ ๐ ๐๐๐ ๐กโ๐๐๐”
Ini kita namakan ๐๐๐๐๐๐,
ini kita panggil ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ini kita kategorikan ๐๐๐๐๐๐๐๐๐.
Burger King promoting McD, Kentucky dan banyak lagi pesaing termasuk gerai-gerai makanan ringan kecil di tepi-tepi jalan, ‘what a ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐!’
Benda begini susah berlaku dalam masyarakat kita; apabila kita lakukan sesuatu, kita tidak mengakui terang-terangan individu/organisasi lain yang menjalankan perkara yang serupa dengan apa yang kita lakukan.
Sebahagian daripada kita lazimnya hanya mengakui kehebatan orang lain hanya dalam hati, lantas membiarkan ianya membungkam, menerima hasutan hawa nafsu syaitan, mengasbabkan lahirnya hasad dan kedengkian yang bukan kepalang akibatnya bila dilampiaskan.
Kita tak tergamak puji di depan khalayak kerja orang lain, yang sama bidang kerja nya dengan kita, apatah lagi apabila ianya melibatkan keuntungan material seperti keuntungan wang ringgit, maruah dan pangkat, dengan perasaan jika kita mengakui kelebihan orang lain, maka rezeki dan peluang kita tentang hal tersebut akan tersekat dan sempit.
Ini prinsip yang salah, kerana rezeki masing-masing itu ketentuan Tuhan! Malah berjaya tidaknya kita dalam sesuatu hal serba bergantung kepada daya usaha dan kebolehan kita sendiri, tiada sangkut pautnya dengan apa yang orang lain buat dan lakukan.
Burger King UK dan rakan-rakannya perniagaan membuktikannya, dengan sama-sama mempromosikan perniagaan dan usaha pesaing-pesaing mereka, tanpa risau sedikitpun keuntungan mereka akan berpindah ke kantung pesaing-pesaing mereka. Dan usaha mereka ini mendapat perhatian dan menyentuh hati seluruh dunia, ya seluruh dunia yang mengetahui akan perkara ini.
Mereka bersatu, walaupun berniaga dalam jalur dan cabang yang serupa. Mereka saling mempromosi. Mereka saling menerima tempahan untuk pesaing-pesaing mereka dari platform perniagaan mereka. Kita mungkin dalam satu kediaman yang ada 4 individu, mungkin 1 orang mahu KFC, 1 orang mahu McD, 1 orang lagi mahu Burger King dan 1 orang lagi mahu Burger Pak Majid; maka konsep ‘sharing’ mereka ini membenarkan semua ‘order’ boleh dilakukan dari mana-mana platform KFC, McD, Burger King mahupun Pak Majid!
Inilah konsep kehidupan era baharu, apabila pesaing-pesaing bersama-sama berkongsi sumber dan kebolehan untuk saling mendapatkan dan berkongsi pelanggan. Kerana apa? Kerana mereka yakin dengan keistimewaan masing-masing, keistimewaan mereka sendiri dalam menawarkan sesuatu yang berbeza dalam menangani selera dan kehendak manusia yang pelbagai. Dalam makna lain, selera ini anugerah Tuhan untuk setiap manusia, dan rezeki Tuhan ada kepada setiap manusia juga.
Jadi ini ilmu.
Usah dengki mendengki dan sentiasalah berkongsi, nescaya perkongsian ini satu bentuk sedekah yang akan memberikan kembali pulangan dalam bentuk yang kita tidak nampak, dalam konteks yang kita tidak sangka-sangka.
Abu Hurairah RA menyebut akan sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: โTiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.โ
[HR Bukhari dan Muslim]
#eH
