Ayat Pelajar Kita

Anda pernah tengok esei yang ditulis oleh pelajar kita?

Apa yang mereka hasilkan? Walaupun diberi tajuk yang sama tapi hasil setiap orang pasti berbeza. Walaupun diberi penerangan yang sama, namun hasil mereka tetap unik. Sebabnya, memang resmi kita manusia, rambut sahaja sama hitam tetapi hati tetap lain rasa. Tidak percaya? Cuba lihat kajian rambang ini.

Tajuk Karangan ‘Budak Baik’ ‘Budak Problem ‘Budak Jiwang’
Anda

Sepasang

Kasut

Menceritakan kasut tersebut dipakai oleh tuannya yang miskin sampai masuk universiti. Kira berjasa besarla kasut tu. Tengok kasut le… kalau murah buang, kalau tak lawa pakat rosakkan cepat2 biar dapat kasut baru Kisah percintaan kasut yang mendapat tentangan hebat kerana berlainan taraf. Namun kerana cintanya yang suci akhirnya disatukan juga.
Kampung 

Anda

Cerita tentang keindahan kampung, menolong datuk di sawah, menikmati hidangan cara kampong masakan nenek Cerita tentang melastik burung, mandi lombong, curi ayam dan buah-buahan orang kampung Ada awek/pakwe cun di sana yang membuatkan hati sentiasa tak sabar nak balik kampong bila bercuti.
Tokoh

Yang Anda

Hormati

 

Negarawan, sasterawan, sejarahwan, pahlawan, menteri… sentiasa bercita-cita menjadi seperti mereka. Rambo, terminator, Dr Evil …dan bercita-cita menjadi seperti mereka. Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan bercita-cita menjadi seperti mereka
Pengalaman

Yang Tidak Dapat Anda Lupakan

Membantu mereka yang susuah dan menderita dan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Nyaris lemas ketika mandi di lombong, ditangkap cikgu masa ponteng Pertama kali berjumpa si dia, pengalaman berdating, jatuh cinta dan putus cinta

Hairan bukan? Itulah hakikat, itulah kebenaran, itulah juga kenyataan Betapa kita ini memang kelihatan sama, tetapi natijahnya kita berbeza. Seperti resmi adik beradik, ibu ayah sama, dibesarkan dalam rumah yang sama, makan makanan yang sama, tetapi sifat dan perilaku mereka berbeza-beza. Kadang-kala, sangat ketara perbezaannya.

Itulah yang dapat kita perhatikan pada pelajar kita. Mereka telah diaturkan jadual yang sama, waktu kuliah yang sama, pensyarah yang sama, nota kuliah yang sama, malah pendekatan pengajaran yang sama, namun, hasil yang mereka persembahkan tetap tidak sama.

Mereka berbeza personaliti, sangat berbeza sebenarnya. Mereka datang dari pelbagai sumber dan sejarah yang berbeza. Justeru, mereka berfikir dan bertindak dengan kaedah dan hasil akhir yang juga sangat-sangat berbeza. Jika kita beri mereka A, adalah biasa untuk mereka lahirkan kembali A, atau mungkin A+, B+, B, C malah F sekalipun.

Justeru, kita sebagai pihak yang m dari atas perlu sepatutnya sedar dan faham dalam-dalam hakikat ini. Kita perlu sangat peka dengan sikap, sifat, kemampuan, daya upaya dan cara fikir mereka. Kita mahu mereka semua cermerlang, itu memang ya, tapi bukan kuasa dan hak kita untuk menentukan mereka cemerlang semuanya. Kita perlu belajar terima hakikat, mereka memang unik dan pelbagai. Memang lumrah mereka bertindak balas dengan pelbagai kesan akhir yang kadang kala tidak terfikir langsung akan kita. Mereka memang sedia cemerlang dengan gaya masing-masing. Itulah keistimewaan setiap mereka, dan mereka itu pelajar kita.

Artikel ditulis oleh

Dolhalit M.L., Hamid E. (FTMK, UTeM)

[Diterbitkan dalam Buletin FTMK Edisi Jun 2012]

 

Leave a Reply