TERIMA KASIH DAN TAHNIAH
Seluruh warga FTMK mengucapkan jutaan terima kasih buat Gs. Dr. Othman Mohd atas khidmat bakti selaku Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTeM sejak 16 Mei 2018 sehingga semalam 30 Jun 2020.
FTMK mengambil kesempatan yang sama mengucapkan sekalung tahniah buat Profesor Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad atas perlantikan selaku Dekan Fakukti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2020.
Segala jasa, komitmen dan tunjuk ajar Gs. Dr. Othman selaku Dekan FTMK akan tetap dalam ingatan. FTMK memandang ke hadapan untuk terus maju di bawah urus tadbir Profesor Ts. Dr. Rabiah sebagai Dekan FTMK yang baharu.
Terima kasih Dr Othman,
Tahniah Prof. Dr. Rabiah!
