Sorotan lawatan pelajar-pelajar FTMK ke Les Copaque di ketuai oleh Timb. Dekan Pembangunan Pelajar, FTMK, UTeM Dr Ts Haziq Lim Abdullah pada 8 Jun 2023 yang lalu.
Lawatan berjalan meriah dan bermanfaat dengan peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri bagaimana suasana industri yang akan mereka lalui selepas graduasi nanti.
Lebih menggembirakan, lawatan ini disambut oleh seramai 7 alumni FTMK UTeM yang merupakan bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Media Interaktif sesi pengajian 2008 – 2 daripadanya adalah Pengarah Produksi dan Pengarah Audio Muzik.
FTMK Truly World, anda semua memang wow! Semoga manfaatnya dapat sama-sama dikongsi rasa.
