Sorotan CelcomDigi Metaversity Workshop anjuran CelcomDigi yang dijalankan pada Khamis 10 Ogos 2023 dan 11 Ogos 2023 yang lalu.
Program CelcomDigi Metaversity Workshop telah dijalankan di CelcomDigi Tower, Petaling Jaya, Selangor. Sehubungan dengan itu, FTMK UTeM telah menghantar seorang pensyarah dan dua wakil pelajar daripada BITM untuk sesi menguji perisian baru bernama VIRNET yang dibangunkan oleh CelcomDigi. VIRNET merupakan perisian khas yang menggunakan teknologi Virtual dan Augmented Reality untuk menyediakan perkhidmatan 3D visualisasi masa sebenar.
Program Metaversity ini juga telah dilaksanakan bersama-sama dengan lima buah universiti yang lain seperti APU, UiTM, UKM, UM, dan juga UniSZA.
Semoga program ini dapat memberi manfaat terutamanya dalam bidang teknologi maya kepada para pelajar dan juga pensyarah.
