Sorotan sekitar 𝗖𝗼𝗱𝗶𝗻𝗴𝟰𝗔𝗹𝗹@𝗨𝗧𝗲𝗠, program bersama guru dan pelajar sekolah yang bertujuan memperkasa pengaturcaraan komputer di kalangan pelajar yang dijalankan pada 4 Julai 2023 di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTeM.
Program anjuran FTMK UTeM bersama SK Convent Infant Jesus 1, Chumbaka(Melaka) dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ini melibatkan penyertaan 51 pelajar menengah dan 203 pelajar sekolah rendah daripada 23 sekolah di negeri Melaka.
Program ini memberi pendedahan yang berguna kepada para pelajar tentang kepentingan kemahiran pengaturcaraan dan multimedia, kreativiti, pengetahuan dalam industri teknologi maklumat & komunikasi secara amnya.
Semoga ianya memberikan manfaat bersama kepada UTeM, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, sekolah-sekolah terlibat, para pelajar dan warga negeri Melaka.