Sorotan sekitar program Artikulasi dengan Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang dijalankan di Aras 4, Galeria PJH, Present 4, Putrajaya pada 17 Ogos 2023.
FTMK UTeM diwakili Timbalan Dekan Akademik dan Ketua-Ketua Jabatan membincangkan padanan kandungan kurikulum pelajar Diploma lepasan Politeknik dengan kandungan kurikulum program Ijazah Sarjana Muda di FTMK, UTeM.
Semoga perbincangan ini mencapai manfaat bersama, terutamanya dalam sudut penambahbaikan kepada kursus-kursus yang mendapat pengecualian kredit bagi pelajar kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada lepasan Diploma Politeknik dari seluruh negara.