Bagai ‘ð‘ºð’Šð’“ð’†ð’‰ ð‘·ð’–ð’ð’‚ð’ð’ˆ ð’Œð’† ð‘®ð’‚ð’ˆð’‚ð’ð’ˆ’, FTMK UTeM menerima kunjungan ð—¬ð—• ð——ð—®ð˜ð˜‚ð—¸ ð—˜ð˜„ð—¼ð—» ð—•ð—²ð—»ð—²ð—±ð—¶ð—°ð—¸, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) yang merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).
YB Datuk Ewon yang kembali UTeM selepas 18 tahun lalu bergelar mahasiswa, sudi hadir ke fakulti selepas hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Pusat Pembangunan Perusahan dan Teknousahawan (CREATE), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Bersama SME Corporation Malaysia.
Datuk Ewon Benedick mengambil kesempatan tersebut meluangkan masa beramah mesra dengan Persatuan Pelajar FICTS, pelajar FTMK dan melawat persekitaran FTMK termasuk makmal FTMK dan menonton video pendek yang dihasilkan oleh pelajar FTMK.
Seusai berkongsi pengalaman di dalam bidang keusahawanan; YB Datuk dan rombongan meluangkan masa bergambar dengan YBhg Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr Massila Kamalrudin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM dan YBrs Dekan FTMK PM Ts. Mohd Sanusi Azmi bersama-sama para pelajar FTMK UTeM yang merupakan ‘ð‘ ð‘¢ð‘ð‘’𑟠ð‘—ð‘¢ð‘›ð‘–ð‘œð‘Ÿ’ YB Datuk Ewon Benedick sendiri.
Terima kasih YB Datuk Ewon Benedick! Lawatan YB Datuk ini memberi makna besar kepada FTMK UTeM khasnya dan kepada para pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi terutamanya, menjadi pencetus semangat kepada makna sebuah pencapaian tertinggi pasca pengajian.
Kesidang indah di tengah halaman
Harumnya terlalu semerbak nyaman
Jumpa lagi di lain kesempatan
Kenangan kita jangan dilupakan
