Centre for Advanced Computing (C-ACT), UTeM menerusi Advanced Interaction Technology (AdViT) dengan kerjasama Kiwanis Malaysia Academy (KMA) akan menganjurkan 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢: 𝑺𝒑𝒆𝒂𝒓𝒉𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈 𝑰𝒏𝒏𝒐𝒗𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒇𝒐𝒓 𝑰𝒏𝒄𝒍𝒖𝒔𝒊𝒐𝒏.

Karnival ini merupakan kesinambungan daripada 𝑆𝐸𝑁 𝑆𝑦𝑚𝑝𝑜𝑠𝑖𝑢𝑚 2022, berobjektif mempamerkan inovasi serta produk yang dibangunkan untuk golongan berkeperluan khas disamping perkongsian pengalaman dan kepakaran melalui sesi forum khas yang menampilkan wakil komuniti berkeperluan khas, ahli terapi dan ahli akademik.

𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢: 𝑺𝒑𝒆𝒂𝒓𝒉𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈 𝑰𝒏𝒏𝒐𝒗𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒇𝒐𝒓 𝑰𝒏𝒄𝒍𝒖𝒔𝒊𝒐𝒏 ini merupakan sebahagian daripada 𝗣𝗮𝗻𝗰𝗮 𝗗’𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗦𝘂𝗺𝗺𝗶𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟯; bakal berlangsung di Dewan Seminar FTMK pada 10 Mei 2023 daripada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Sila imbas Kod QR pada infografik untuk Atucara Karnival.

Sehubungan dengan itu, Sekreteriat Karnival Inovasi: Spearheading Innovation for Inclusion berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari bersama-sama menyertai Karnival Inovasi: Spearheading Innovation for Inclusion ini dan memohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari memanjangkan hebahan ini kepada warga organisasi masing-masing.

Ayuh bersama kami!

– at Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM

#KarnivalInovasi

#Kiwanis

#CACT

#AdViT

#myftmk