Sorotan mesyuarat dengan Google pada 6th July 2023. Google diwakili Siti Malina yang merupakan Higher Ed SEA Adoption Manager, Google Cloud Learning.
Mesyuarat membincangkan program persijilan dalam Google Cloud Computing Foundation (GCCF) melibat pelajar program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan pelajar FTMK UTeM merupakan kumpulan peetama daripada universiti awam terlibat dalam persijilan profesional ini.
Sejak program ini ditawarkan kepada pelajar FTMK UTeM untuk pelajar Semester 1 Sesi 2021/2022, seramai 214 pelajar telah menyertai program ini dengan kadar kelulusan 100%. Perbincangan kali ini mengenai perlaksanaan persijilan Google seterusnya di FTMK UTeM melibatkan persijilan Associate Cloud Engineer (ACE).
Semoga jalinan kerjasama university-industrk ini memberi manfaat bersama kepada pelajar, universiti, industri dan negara.