Sorotan sekitar bengkel dan lawatan Pensyarah Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Melaka ke Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTeM pada 5-6 Julai 2023.
Program anjuran Jawatan kuasa ICT dan Masyarakat FTMK bersama Kolej Matrikulasi Melaka ini memberikan pendedahan kepada Kolej Matrikulasi Melaka berkenaan program-program sarjana muda dan pasca siawazah di UTeM.
Para delegasi juga dibawa ke makmal dan didedahkan dengan peralatan dan perkakasan yang digunakan di FTMK UTeM dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran teknikal.
Semoga manfaatnya dapat sama-sama dikecapi.
