𝙋𝙚𝙧𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙪𝙖𝙩𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙎𝙊𝙋 𝘾𝙊𝙑𝙄𝑫-19 𝙙𝙞 𝙐𝙏𝙚𝙈

Merujuk kepada Pekeliling Pentadbiran Bil. 22/2021, Peraturan Penguatkuasaan SOP COVID-19 di UTeM telah mula berkuatkuasa dari tarikh Pekeliling dikeluarkan iaitu pada 10 Februari 2021.
Justeru itu, mohon kepada semua staf untuk pastikan:

  1. Memakai pelitup muka (face mask) di mana-mana tempat kecuali semasa makan/minum, semasa melakukan aktiviti riadah di kampus atau kedua-duanya;
  2. Mengamalkan penjarakan fizikal; dan
  3. Pastikan membuat imbasan kod QR melalui aplikasi MySejahtera di mana-mana bangunan di kampus.

Sila pastikan semua peruntukan di dalam Peraturan ini dipatuhi oleh staf dan pelajar sepanjang berada di kampus dan Notis Denda sebanyak RM100 akan dikenakan sekiranya staf ingkar pada peraturan tersebut.

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM
#myftmk