𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝟮𝟬𝟮𝟲 🌸

“𝘎𝘶𝘳𝘶 𝘉𝘪𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘕𝘢𝘥𝘪 𝘕𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢”

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi masa hadapan.

Seorang guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi juga pembimbing, pencetus inspirasi dan pembina nilai kemanusiaan dalam kehidupan setiap insan.

Terima kasih cikgu, dan semua pendidik yang tidak pernah jemu menabur bakti demi masa depan anak bangsa.

“Ilmu yang dicurahkan hari ini adalah cahaya yang menerangi masa depan.”

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM

#HariGuru2026#GuruBitaraNadiNegara#FTMKUTeM#myFTMK#UTeM

#myftmk