๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ “๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ผ๐˜ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐˜†” – ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ I๐—ง ๐—”๐—ฝ๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฐ๐—ฒ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—ฝ ๐—™๐—ง๐— ๐—ž

FTMK UTeM hari ini 15 Jun 2026 menganjurkan Bengkel Bersama โ€œPilot Industryโ€ sebagai langkah awal pembangunan Program IT Apprenticeship, iaitu program baharu yang bakal menjadi salah satu program signature FTMK.

Bengkel ini menghimpunkan 15 wakil industri dan agensi daripada pelbagai sektor teknologi maklumat, telekomunikasi, pembangunan perisian, animasi digital, realiti maya, rangkaian komputer serta agensi kerajaan bagi memberikan input berkaitan keperluan industri, kompetensi graduan dan hala tuju kerjaya masa hadapan.

Melalui pendekatan pembangunan kurikulum berasaskan industri (industry-led curriculum development), kerjasama erat antara akademia dan industri ini diharapkan dapat menghasilkan program pengajian yang lebih relevan, responsif terhadap keperluan pasaran serta mampu melahirkan graduan IT yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan digital.

FTMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wakil industri dan agensi yang telah meluangkan masa serta berkongsi kepakaran dalam menjayakan inisiatif strategik ini.

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM

#FTMKUTeM#ITApprenticeship#IndustryLedCurriculum#IndustryAcademia#SignatureProgramFTMK#UTeM#TVET#DigitalTalent

#myftmk

See less