𝗣𝗲𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗘𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗶 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sistem elektrikal akan dilaksanakan di keseluruhan bangunan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK). Sehubungan itu, bekalan elektrik akan ditutup mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Jun 2026 (Rabu)

Masa: 10.00 malam hingga 5.00 pagi, 25 Jun 2026 (Khamis)

Lokasi: Keseluruhan Bangunan FTMK

Sehubungan itu, semua warga FTMK dimohon untuk membuat persediaan yang sewajarnya dengan memastikan data dan dokumen kerja disimpan, menutup peralatan elektrik yang berkaitan serta merancang aktiviti masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh penutupan bekalan elektrik tersebut.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 FTMK UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM

#myftmk