𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗖𝗮𝗻𝘃𝗮 𝗔𝗜 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗘𝗳𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Bengkel Canva AI untuk Pengurusan Efektif yang berlangsung pada 29–30 Jun 2026 di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini menghimpunkan 25 orang peserta daripada Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menunjukkan komitmen dan penglibatan yang sangat aktif sepanjang sesi pembelajaran.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Md Azhan bin Samad @ Limat, Pengarah JAIM.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Mohd Nordin bin Samah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIM, Prof. Ts. Dr. Mohd Sanusi Azmi, Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), serta barisan pegawai JAIM dan warga FTMK UTeM.

Sepanjang dua hari bengkel, para peserta didedahkan kepada penggunaan Canva AI bagi:

✅ Menghasilkan poster dan bahan komunikasi yang lebih profesional. ✅ Memanfaatkan teknologi AI untuk mempercepat proses reka bentuk.

✅ Menyampaikan mesej khidmat nasihat dengan lebih kreatif, jelas dan berimpak.

✅ Meningkatkan produktiviti serta keberkesanan pengurusan melalui aplikasi AI.

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuhkan penyampaian maklumat, penghasilan bahan khidmat nasihat serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas kepercayaan yang diberikan kepada FTMK UTeM sebagai tuan rumah program. Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuhkan dalam melahirkan warga kerja yang kompeten, kreatif dan bersedia mendepani era pendigitalan serta kecerdasan buatan.

Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM

#CanvaAI

#JAIM

#UTeM

#FTMK#ArtificialIntelligence#GenerativeAI#DigitalTransformation#PromptEngineering

#myftmk