𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗵𝗳𝗶𝘇: 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗹𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵!
FTMK UTeM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Ahmad Zikri Bin Azizi, pelajar FTMK UTeM, atas penerimaan Anugerah Pensijilan Tahfiz sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Kali Ke-34.
Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat seluruh warga FTMK dan membuktikan bahawa kecemerlangan akademik mampu bergerak seiring dengan penghayatan serta penguasaan ilmu al-Quran.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa untuk terus menuntut ilmu, berpegang teguh kepada nilai-nilai murni, serta menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Seluruh warga FTMK UTeM mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Ahmad Zikri terus istiqamah dalam mencintai al-Quran, dikurniakan kejayaan yang berterusan serta menjadi insan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM
#FTMKUTeM#UTeM#TahniahFTMK#DarulQuran#JAKIM#PensijilanTahfiz#MahasiswaCemerlang#AlQuran#MalaysiaMADANI
