𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗠𝗮𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗘𝗦𝗽𝗼𝗿𝘁𝘀 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Teknikal dan Makmal FTMK dengan kerjasama Jabatan Media Interaktif akan menganjurkan Hari Terbuka Makmal Esports FTMK 2026.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan peralatan baharu di Makmal Esports FTMK kepada warga fakulti, di samping memberi peluang kepada staf untuk mencuba sendiri permainan, aplikasi dan peralatan yang disediakan.
Tarikan Program:
Demonstrasi peralatan Makmal Esports
Sesi percubaan permainan dan aplikasi interaktif
Bimbingan oleh fasilitator pelajar
Pendedahan kepada potensi penggunaan Makmal Esports untuk PnP, penyelidikan dan aktiviti fakulti
Maklumat Program:
Tarikh: 10 September 2026 (Khamis)
Masa: 2.00 – 5.00 petang
Tempat: Makmal Esports FTMK
Sasaran: Warga FTMK
Semua staf FTMK dijemput hadir bagi melihat, mencuba dan mendapatkan pengalaman secara langsung menggunakan kemudahan Makmal Esports yang baharu diwujudkan.
Kehadiran dan sokongan semua amat dialu-alukan.
Terima kasih.
𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔 𝑴𝒂𝒌𝒎𝒂𝒍 FTMK UTeM
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM
See less
