Sorotan sekitar 𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗶𝗰𝗿𝗼𝘀𝗼𝗳𝘁 𝗘𝘅𝗰𝗲𝗹 anjuran bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan FTMK UTeM.
Bengkel yang berlangsung 15 hingga 16 Julai 2026 bertempat di Makmal Komputer FTMK UTeM berjaya menghimpunkan seramai 40 orang peserta daripada MBMB yang diberikan pendedahan kepada teknik-teknik pengurusan data secara sistematik, analisis data serta pembangunan laporan interaktif menggunakan Microsoft Excel bagi meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat di organisasi.
Seramai enam (6) orang pensyarah FTMK UTeM berperanan sebagai tenaga pengajar dan fasilitator, berkongsi kepakaran serta pengalaman dalam memperkasakan kemahiran digital peserta melalui pendekatan pembelajaran yang praktikal dan berimpak tinggi.
Program ini mencerminkan komitmen FTMK UTeM dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan serta industri melalui pemindahan ilmu, pembangunan kompetensi dan pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan aspirasi melahirkan masyarakat yang celik teknologi dan berdaya saing.
FTMK UTeM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Semoga kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi manfaat bersama.