𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗖𝗮𝗿𝗲𝗲𝗿 𝗛𝘂𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟲
Alhamdulillah, Program FTMK Career Hub 2026 yang dianjurkan bersempena dengan D’FTMK Technity (DTC) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada ketetapan di bawah:
Tarikh: 20 April 2026 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Lobi Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM
Program ini merupakan inisiatif di bawah Jawatankuasa Alumni dan Kebolehpasaran Graduan FTMK dengan kerjasama Persatuan Pelajar FTMK (FICTS) serta sokongan pihak fakulti dan industri. Penganjuran program ini berjaya mencapai objektif utama dalam membuka ruang interaksi secara langsung antara pelajar dan wakil industri daripada pelbagai sektor teknologi maklumat dan komunikasi.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar khususnya pelajar tahun akhir telah memperoleh pendedahan yang sangat berguna berkaitan peluang kerjaya, latihan industri, serta keperluan semasa industri. Selain itu, program ini turut menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan strategik antara pihak fakulti dan industri, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan FTMK.
Pihak industri juga berpeluang mempromosikan organisasi masing-masing serta menawarkan peluang latihan industri dan pekerjaan kepada para pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini, termasuk pihak penganjur, rakan industri, staf fakulti serta para pelajar yang hadir.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasa hubungan akademia dan industri demi melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing.
Muhammad Fuad bin Abdullah
Ts. Dr. Che Ku Nuraini Binti Che Ku Mohd
JK Alumni dan Kebolehpasaran Graduan 2026