Alhamdulillah, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysia Press Institute (MPI).
Kunjungan ini membuka ruang perkongsian ilmu serta peluang kolaborasi strategik, khususnya dalam bidang media, teknologi maklumat dan kandungan kreatif yang semakin berkembang pesat.
Delegasi MPI yang hadir terdiri daripada barisan pengurusan dan pakar industri yang berpengalaman, sekaligus memberi nilai tambah kepada perbincangan yang berlangsung.
Semoga jalinan ini dapat diperkukuhkan lagi demi manfaat bersama, khususnya kepada warga akademik dan pelajar FTMK.
