Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan daripada pelajar dan pengiring 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐕𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 (𝐊𝐕) 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐨𝐡 pada ketetapan berikut:
Lawatan ini diadakan bersempena Program Lawatan Jom Masuk IPT, bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran serta peluang pengajian dalam bidang teknikal di FTMK UTeM.
Sepanjang sesi, para pelajar turut didedahkan dengan aktiviti dan penerangan berkaitan teknologi maklumat dan komuniasi serta laluan akademik yang ditawarkan di FTMK.
Program ini merupakan hasil kerjasama JK Promosi FTMK bersama U-Globe UTeM dalam usaha menarik minat pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Terima kasih atas kunjungan, semoga memberi inspirasi kepada para pelajar untuk melangkah ke dunia IPT 

