🎓 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗗𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝟭 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲 🎓
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM telah menganjurkan Majlis Anugerah Dekan Sesi Akademik 1 2025/2026 pada 20 Jun 2026 bertempat di Dewan Seminar FTMK.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik sepanjang semester. Kejayaan yang diraih merupakan hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi serta komitmen berterusan dalam menuntut ilmu.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Dekan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar FTMK untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah diri.