Majlis Perasmian Ruang Siswa Datuk Ewon Benedick
30 September 2026
Alhamdulillah, hari ini menjadi satu lagi detik bermakna buat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan berlangsungnya Majlis Perasmian Ruang Siswa Datuk Ewon Benedick di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK). Ruang siswa ini bukan sekadar sebuah ruang fizikal, tetapi menjadi wadah untuk mahasiswa berkumpul, berinteraksi, bertukar pandangan, mencetuskan idea serta membina jaringan persahabatan sepanjang berada di universiti.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Negeri Sabah yang juga merupakan alumni UTeM. Turut hadir bersama adalah YBhg. Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM.
Perasmian ruang ini mencerminkan komitmen universiti untuk terus menyediakan persekitaran yang selesa dan bermakna kepada mahasiswa. Semoga Ruang Siswa Datuk Ewon Benedick terus menjadi ruang yang hidup dengan idea, kreativiti, persahabatan dan aspirasi mahasiswa.
#myftmk
