Pada 16 Julai 2026, satu mesyuarat secara dalam talian telah diadakan antara Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan Grozny State Oil Technical University (GSOTU), Russia.
Mesyuarat yang berlangsung pada jam 3.00 petang ini membincangkan potensi kerjasama penyelidikan melalui International Matching Grant, sebagai salah satu usaha memperkukuh jaringan kolaborasi antarabangsa antara kedua-dua institusi.
Semoga perbincangan ini membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dalam bidang penyelidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan akademik pada masa hadapan.
