✨ PROGRAM SHOPPING RAYA 2026 ✨
Alhamdulillah, Program Shopping Raya 2026 anjuran Jawatankuasa ICT & Khidmat Masyarakat bersama AKRAB FTMK, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Mydin MITC Melaka.
Program ini memberi peluang kepada 28 orang penerima manfaat yang terdiri daripada kanak-kanak daripada keluarga asnaf untuk memilih sendiri pakaian dan keperluan Hari Raya mereka dengan ditemani oleh 28 orang sukarelawan yang bertindak sebagai Personal Shopper.
Melalui program ini, setiap penerima manfaat berpeluang membuat persiapan Hari Raya dengan lebih bermakna, di samping memupuk semangat keprihatinan, kebersamaan dan berkongsi rezeki dalam kalangan warga UTeM dan komuniti.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang, penaja, sukarelawan serta rakan kerjasama yang telah membantu menjayakan program ini. Segala usaha dan sumbangan yang diberikan amat dihargai dan diharapkan menjadi amal kebajikan yang berterusan.
🌙 Diharapkan keceriaan ini dapat membawa kegembiraan kepada mereka dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.