𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗚𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗣𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝘂𝘀𝘁𝗮𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟮)
Sorotan sekitar Bengkel Garis Panduan Perpustakaan Digital di Malaysia Siri 2 yang berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur 📍 pada 28 – 30 April 2026 🗓️.
Bengkel anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini menghimpunkan pakar industri, pengamal perpustakaan serta agensi strategik bagi memperkukuh pembangunan dan hala tuju perpustakaan digital di Malaysia.
FTMK disertai oleh Dr. Asniyani Nur Haidar Binti Abdullah sebagai pembangun modul bengkel ini.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan FTMK UTeM dalam menyokong inisiatif pendigitalan maklumat serta pembangunan ekosistem ilmu yang lebih dinamik dan berdaya saing.