๐๐ฒ๐ป๐ด๐ธ๐ฒ๐น ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐น๐๐บ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ฎ ๐๐๐ฎ๐ฟ
FTMK UTeMย telah mengadakan Bengkel Pemantapan Kurikulum bersama Pemeriksa Luar (External Examiner) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer) [BITC].
Sesi ini telah disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Rafidah Binti Md Noor daripada Universiti Malaya selaku Pemeriksa Luar (External Examiner). Penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan FTMK dalam memastikan program akademik sentiasa memenuhi standard kualiti yang tinggi, relevan dengan keperluan industri serta selaras dengan perkembangan semasa bidang sains komputer dan rangkaian komputer.
FTMK diwakili oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Ts. Dr. Ahmad Shaarizan Shaarani; Ketua Jabatan Sistem dan Komunikasi Komputer (SKK), Ts. Dr. Zurina Sa’aya; Penyelaras Program BITC, Ts. Dr. Nor Azman Mat Ariff; Penyelaras Program BITA, Ts. Dr. Mohd Fairuz Iskandar Othman; Pengerusi Jawatankuasa Akreditasi, Ts. Dr. Noraswaliza Abdullah; serta Encik Muhammad Imran bin Herman.
FTMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Ts. Dr. Rafidah Binti Md Noor atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi pandangan, pengalaman dan cadangan yang amat bernilai dalam memperkukuh kualiti penyampaian program akademik di FTMK.
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM
#FTMKUTeMย #UTeMย #BITCย #ComputerNetworkingย #ExternalExaminerย #AcademicQualityย #HigherEducationย #MalaysiaMADANI
#myftmk
