Seluruh warga FTMK merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat YBhg. Profesor Ts. Dr. Rabiah Ahmad atas khidmat bakti selaku Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTeM sehingga 30 Jun 2022.
Kalungan penghargaan dan ucapan terima kasih juga dirakamkan buat Ts. Dr. Zulkiflee Muslim atas khidmat selaku Timbalan Dekan (Akademik) dan Profesor Madya Ts. Dr. Sabrina Ahmad atas bakti selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pasca Siswazah).
Dilampirkan, fotografi sorotan sekitar Majlis Penyerahan Tugas dan Penghargaan YBhg. Profesor Ts. Dr. Rabiah, Ts. Dr. Zulkiflee Muslim dan Profesor Madya Ts. Dr. Sabrina Ahmad yang dijalankan di Pejabat Pentadbiran FTMK petang tadi.
Segala jasa, komitmen dan tunjuk ajar YBhg. Profesor Ts. Dr. Rabiah Ahmad selaku Dekan FTMK, juga Ts. Dr. Zulkiflee Muslim dan Profesor Madya Ts. Dr. Sabrina Ahmad selaku Timbalan Dekan FTMK tetap dalam ingatan dan menjadi panduan untuk terus bergerak ke masa depan.
Terima kasih Prof. Dr. Rabiah!
Terima kasih Dr. Zulkiflee!
Terima kasih PM. Dr Sabrina!