Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berbesar hati menjemput warga akademik, penyelidik dan pelajar pascasiswazah untuk menyertai program Citra Akademia Eksklusif yang menampilkan Professor Dr. Ketan Kotecha dari Symbiosis International University, Pune, India.
Sesi perkongsian bertajuk “Creating High-Impact Research Proposals for External Funding Using AI with Stanford Top 2% Scientists Worldwide” ini akan memberi pendedahan mengenai strategi menghasilkan cadangan penyelidikan yang berkualiti tinggi, berimpak serta berpotensi memperoleh pembiayaan luar dengan memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
📅 Tarikh: 9 Jun 2026 (Selasa)
🕝 Masa: 2.30 Petang
📍 Tempat: Auditorium Hall, Bangunan Canselori, UTeM
Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkukuh budaya penyelidikan, memperluas jaringan kolaborasi antarabangsa serta meneroka pendekatan inovatif dalam pembangunan geran penyelidikan pada era AI.
Jom bersama-sama merebut peluang menimba ilmu daripada pakar bertaraf antarabangsa dan memperkasakan kecemerlangan penyelidikan FTMK.
#FTMKUTeM #UTeM #CitraAkademiaEksklusif #ResearchExcellence #ArtificialIntelligence #ResearchGrant #AcademicDevelopment #StanfordTop2PercentScientists #MalaysiaMADANI #PenyelidikanBerimpakTinggi
#myftmk
