📢 PEMAKLUMAN KEMASKINI PERAKAM WAKTU – BULAN MEI 2026

Warga FTMK yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa proses kemaskini rekod perakam waktu bagi bulan Mei 2026 perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 12 Jun 2026.

Semua staf disarankan untuk menyemak dan mengemaskini rekod kehadiran masing-masing serta memastikan sebarang ketidakhadiran seperti cuti rehat, cuti kecemasan, cuti sakit dan tugasan luar telah direkodkan dengan lengkap. Bagi staf yang terlibat dengan tugasan luar UTeM, pastikan dokumen sokongan yang berkaitan telah diperolehi dan dikemukakan mengikut ketetapan.

Sebarang pertanyaan berkaitan rekod kehadiran boleh dirujuk kepada Unit Pentadbiran.

✅ Semak rekod kehadiran
✅ Lengkapkan maklumat ketidakhadiran
✅ Pastikan kemaskini dibuat sebelum tarikh akhir

Kerjasama dan perhatian semua warga FTMK dalam memastikan rekod kehadiran sentiasa tepat dan terkini amatlah dihargai.

#FTMK #UTeM #KemaskiniPerakamWaktu #RekodKehadiran #StafFTMK #PentadbiranFTMK
#myftmk