Peringkat Daerah Rembau, Negeri Sembilan (Kategori Sekolah Rendah) di bawah Geran Antarabangsa ONSEMI
Program ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan memberikan latihan serta pendedahan kepada pelajar sekolah dan guru dalam bidang pengaturcaraan dan inovasi melalui penggunaan teknologi.
Bengkel ini memberi penekanan kepada penggunaan Micro:bit, iaitu papan mikropengawal bersaiz kecil yang direka khas untuk pembelajaran pengaturcaraan secara interaktif dan menyeronokkan. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek, peserta berpeluang membina aplikasi mudah serta memahami konsep asas seperti pemikiran komputasional, penyelesaian masalah dan kreativiti digital.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) UTeM, ONSEMI, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau, Negeri Sembilan.
Usaha ini selaras dengan matlamat untuk memupuk semangat inovasi dalam kalangan generasi muda serta menggalakkan penerokaan teknologi dalam kehidupan seharian secara kreatif dan praktikal.
Seramai 60 orang murid dan 20 orang guru daripada 21 buah sekolah rendah di daerah Rembau telah menyertai bengkel ini dengan penuh semangat dan komitmen yang tinggi.
Sebagai penutup program, pertandingan asas Micro:bit telah diadakan dan keputusan adalah seperti berikut:
Tahniah para pemenang! 


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ON Semiconductor Foundation, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau, Negeri Sembilan, sekolah-sekolah yang terlibat, jawatankuasa program, pelajar FTMK, UTeM serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
