🎉 𝗗𝗧𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝑫𝑶𝑵𝑬.
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙆𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙖!
🔥
Alhamdulillah, Program 𝘿’𝙁𝙏𝙈𝙆 𝙏𝙚𝙘𝙝𝙣𝙞𝙩𝙮 (𝘿𝙏𝘾) 𝟮𝟬𝟮𝟲 yang berlangsung selama dua hari pada 20 – 21 April 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan dan meriah.
Sepanjang penganjuran program ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan melibatkan elemen teknologi, inovasi, keusahawanan dan kreativiti, termasuk pertandingan, bengkel, hackathon, serta pameran yang berjaya menarik penyertaan aktif dalam kalangan pelajar dan warga universiti.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan bakat dan kemahiran pelajar, malah turut memperkukuh hubungan antara akademia, industri dan komuniti selaras dengan aspirasi FTMK dalam melahirkan graduan berdaya saing.
✨ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
🔹 Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar
🔹 Jawatankuasa penganjur & FICTS
🔹 Jawatankuasa Penasihatan Pelajar
🔹 Rakan kolaborasi dan pihak industri
🔹 Para peserta, sukarelawan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memperkasa ekosistem teknologi dan inovasi di FTMK, UTeM khasnya dan UTeM terutamanya.
📌 Jumpa lagi di DTC akan datang!