๐Ÿ–ฅ๏ธ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ – ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ (๐—”๐—ฟ๐—ฑ๐˜‚๐—ถ๐—ป๐—ผ)
๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ก ๐ท๐‘Ž๐‘’๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐‘…๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘ข, ๐‘๐‘’๐‘”๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐‘†๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘› (๐พ๐‘Ž๐‘ก๐‘’๐‘”๐‘œ๐‘Ÿ๐‘– ๐‘†๐‘’๐‘˜๐‘œ๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘€๐‘’๐‘›๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Žโ„Ž) ๐‘‘๐‘– ๐‘๐‘Ž๐‘ค๐‘Žโ„Ž ๐‘ฎ๐’†๐’“๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’•๐’‚๐’“๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’”๐’‚ ๐‘ถ๐‘ต๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฐ
โœ๏ธ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 23 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ  ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: Balai Lela Maharaja, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau, Negeri Sembilan
๐Ÿ’ก ๐“๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ
Program ini merupakan satu inisiatif yang dirancang untuk memberi latihan serta pendedahan kepada pelajar sekolah dan guru dalam bidang pengaturcaraan dan inovasi berasaskan teknologi.
Bengkel ini memfokuskan kepada penggunaan Arduino, iaitu platform elektronik sumber terbuka yang merangkumi papan mikropengawal serta perisian yang mesra pengguna. Platform ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna memahami asas pengaturcaraan dan pembangunan sistem elektronik secara interaktif, praktikal dan menyeronokkan melalui pelbagai aktiviti seperti kawalan LED, penggunaan sensor serta aplikasi automasi mudah.
Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek, para peserta berpeluang membina aplikasi ringkas di samping menguasai konsep asas seperti pemikiran komputasional, kemahiran penyelesaian masalah dan kreativiti digital.
Program ini dilaksanakan hasil kerjasama antara Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), ONSEMI, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau.
Inisiatif ini selari dengan usaha untuk memupuk budaya inovasi dalam kalangan generasi muda serta menggalakkan penerokaan teknologi secara kreatif dan praktikal dalam kehidupan seharian.
๐ŸŽ“ ๐๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ
Seramai 27 murid serta 9 guru daripada 9 sekolah menengah di daerah Rembau telah menyertai bengkel ini dengan penuh dedikasi dan kesungguhan.
๐Ÿ† ๐๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ซ๐๐ฎ๐ข๐ง๐จ
Sebagai kemuncak program, pertandingan asas Arduino telah diadakan dan keputusan adalah seperti berikut:
๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama: SM Sains Rembau
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua: SMK Agama Datoโ€™ Haji Hassan Haji Sail
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: SMK Datuk Abdullah
๐Ÿ… Tempat Keempat: SM Agama Haji Ahmad Yatim
๐Ÿ… Tempat Kelima: SMK Datoโ€™ Sedia Raja
๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰ ๐’‘๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‘๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ! ๐ŸŒŸ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘
Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pn. Sanizah binti Amri (Timbalan PPD Sektor Pembelajaran) dengan diiringi oleh Pn. Sanisah binti Sulaiman (wakil unit tvet PPD Rembau) & Dr Zahriah Binti Othman (Ketua Program).
๐Ÿš€ ๐”๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ
๐Ÿงฉ Dr Zahriah Binti Othman (Ketua Program)
๐Ÿงฉ Ts Dr Wahidah Binti Md Shah (Pengajar)
๐Ÿงฉ Ts Maslita Binti Abd Aziz (Fasilitator)
๐Ÿงฉ Ts Gs Dr Safiza Suhana Binti Kamal Baharin (Fasilitator)
๐Ÿงฉ Ts Nor Mas Aina Binti Md Bohari (Fasilitator)
๐Ÿงฉ Saudara Nor Aiman Hakimi bin Nazaruddin (Fasilitator)
๐Ÿงฉ Saudara Nur Amin bin Zakaria (Fasilitator)
๐Ÿงฉ Saudara Muhammad Azim bin Azizul (Fasilitator)
๐ŸŒŸ ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ON Semiconductor Foundation, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau, Negeri Sembilan, sekolah-sekolah yang terlibat, urusetia program, pelajar FTMK, UTeM serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program ini.