𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗶𝗻𝘁𝗮𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝑀𝑒𝑚𝑢𝑝𝑢𝑘 𝐿𝑖𝑡𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝐴𝐼 𝑑𝑎𝑛 𝐼𝑛𝑜𝑣𝑎𝑠𝑖 𝑇𝑒𝑘𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑙𝑎𝑗𝑎𝑟 𝑆𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), PPD Port Dickson serta tajaan ON Semiconductor (Onsemi) telah berjaya menganjurkan program Bengkel & Cabaran Inspirasi Inovasi Pintar 2026 pada 5 dan 7 Mei 2026 bertempat di SMK Intan Perdana, Port Dickson.
Sebanyak 26 sekolah rendah dan 12 buah sekolah menengah terlibat dalam Program yang memberi pendedahan kepada pelajar dan guru dalam bidang pengkomputeran fizikal, kecerdasan buatan (AI) dan inovasi teknologi melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on. Peserta sekolah rendah menggunakan platform Micro:bit manakala peserta sekolah menengah menggunakan platform Arduino dalam latihan dan pertandingan yang dijalankan.
Seramai 120 peserta bagi kategori sekolah rendah dan 60 peserta bagi kategori sekolah menengah telah terlibat sepanjang program ini. Selain memupuk kreativiti dan pemikiran kritis, program ini turut memperkukuhkan kerjasama strategik antara universiti, industri dan komuniti pendidikan dalam memperkasa literasi STEM dan AI di peringkat sekolah.
Fasilitator program terdiri daripada siswa-siswi Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM):
• Brenden Lee Herlly
• Amirul Hafiz bin Anuar
• An Nur Aqilah binti Syamsulazman
• Ad Iqmal Danial bin Zainurin
• Muhammad Izz Zarief bin Azwari
• Martina binti Ali
FTMK UTeM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk JPNS, PPD Port Dickson, pihak sekolah, fasilitator mahasiswa UTeM serta Onsemi atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif sebegini terus melahirkan generasi muda yang kreatif, inovatif dan celik teknologi selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0. ✨